skip to main | skip to sidebar

" Ilmu & Kehidupan "

.:: always keep Allah in your mind, and you will be free ::.

Pages

20 September 2011

New semester 2011/2012


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Setelah 4 bulan cuti, pengajian sy d UPSI bermula lagi. Kali ni mungkin sedikit berbeza. Saya berada di semester 5 sem ni. Mungkin dah jadi ‘senior’, jadi appearance tu dah jadi lain sikit berbanding sem 1, harus lebih yakin dan matang mungkin.uhu Awal masuk umah dah ada orang tegur “akak sem 8 ke?” owow! Adakah saya telah mentuakan diri saya cuti hari tu.hee rasa cam memudakan ada la.aha =D

Cuti berlalu, masa berlalu, manusia berlalu.. manusia berlalu??aha manusia berubah, by time to time, apa yang ada d sekeliling kita pasti berubah. Ada yang x berubah? Ada ke ye? Cuba bagi saya insight sikit apa yang x berubah? Semua berubah bukan. Cuma berbezanya berubah ke arah yang lebih baik atau kurang sikit dari baik tu. Apa pun ANDA YANG TENTUKAN. Itu kata-kata motivasi sebenarnya. Yeahh!

Semester ni saya menempuh subjek-subjek yang agak akan menggegarkan segala urat-urat lebihan lagi otak la. Semester ini punya subjek :


Kelompok Kaunseling (3j)

Kaunseling Pelbagai Budaya (3j)

Pengurusan dan Konsultasi Kaunseling Sekolah (3j)

Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran (6j)

Asia Tenggara Abad ke-19 (2j)

Puteri Islam (1j)

Kembara Alam (1j)


Mudah mudahan semuanya berjalan dalam keadaan baik-baik shj :) yeahhh! welcome new semester!!!!

IdEa diCetUs ~ Cikgu Lela at 05:47 2 IdEa dikOmen ~ Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: study

08 September 2011

Lawak yang sweet :)





Gadis : hari ni sy jalani pembedahan jantung .
Jejaka : sy tau T_T I love you .
Gadis : I love you too .
(Bile sedar dari pembedahan , gadis tengok jejaka takde . Tp ayah die je yg ade)
Gadis : mane bf sy ayah ?
Ayah : Siti tau tak sape dermakan jantung untuk Siti ? T_T
Gadis : apaaaaa ? ( Terus menangis )
Ayah : hehe takde la . Ayah melawak je . Die pegi tandas ;D





huhu bila baca dialog ni, seolah si ayah sangat memahami hati anak si gadis nya. hee saya teringat ayah saya yang suka bergurau :)
IdEa diCetUs ~ Cikgu Lela at 21:32 0 IdEa dikOmen ~ Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: family, love

Syawal 1432hijrah.



Assalamualaikum w.b.t =) Salam Syawal..

Syawal kali ini di sambut secara sederhana shj oleh kami sekeluarga. Oleh kerana tiada yang pulang beraya di kampung mama, jadi ayah dan mama decide nak raya kat kampung tahun ni. Awal 29hb Ogos kami dah bertolak ke kampung dengan selamatnya. Malam raya memang sunyi memandangkan hanya kami sekeluarga shj yang berada d kampung. Ntah la. Rasa raya tahun ni mungkin sedikit berbeza tapi yang seronok dpt beraya dengan atok2 semua. Alhamdulillah, dua-dua atok masih d kurniakan kesihatan yang baik dapat lagi tahun ni beraya bersama.

Pagi raya yang saya dapat agak suasana nya. Usai sembahyang raya, kami bermaafan dan keluarga makcik datang makan bersama d rumah atok. Special sedikit kerana dapat masak fully d rumah atok, ketupat, rendang, hidang tersedia. Alhamdulillah.

Lepas daripada makan, memang tak ke mana. Menjadi rutin menunggu sedara mara yang bertandang. Oleh sebab kami je yang berada d kampung, jadi kami lah yang kena stand by segala. Dari buat air, hidang kuih muih. Tak pe lah raya ni tak ke mana, asal dapat berbakti pada atok. Esok lusa raya tak tahu lagi macam mana kan. Agak suram raya kali ni memandangkan ramai yang tak balik beraya. Makcik di Ipoh, makcik d Moscow, itu dah tersgt jauh. Mereka satu family tahun ni menyambut raya d Moscow. Mungkin tahun depan baru dpt beraya dgn mereka. Adik beradik mama memang ramai. 9 org semuanya, dan kesemuanya perempuan melainkan yang bongsu pakcik saya lelaki. Mungkin masing-masing makcik saya dah punyai anak menantu dan cucu sendiri. Jadi mereka hanya d rumah masing-masing menunggu kepulangan anak cucu, lain mama saya yang memang tak de menantu lagi apatah lagi cucu..*tersenyum sendiri memandangkan saya anak sulong.

Raya tahun lepas ^^.

Raya kali ni saya belajar tentang sesuatu. Mungkin betul kata pepatah yang sering saya dengar..

 "Seorang ibu boleh jaga 10 orang anak, tapi belum tentu 10 orang anak boleh jaga seorang ibu"

Istilah jaga d sini, bukan hanya sekadar pulang ke kampung menjenguk, bukan juga hanya sekadar kasi duit setiap bulan. Pada pendapat saya itu hanya perkara ASAS shj yang sememangnya perlu d beri PERHATIAN, tapi cuba bayangkan waktu kita ketiadaan d rumah, dan mereka mengerang dlm kesakitan dan tup tup esok mereka dah xde dan cuba bandingkn dengan kita yang berada dlm kesakitan waktu kecil dan mereka sentiasa ada d sisi menjaga kita sampai kita sembuh. Situasi yang berlainan tapi melibatkan orang yang sama bukan. Peringatan buat saya sendiri juga sebenarnya.

Tersentuh melihat usaha mama menyediakan segala keperluan untuk raya dari semua keperluan makan sampai ke baju ry atok. Mama saya akan sediakan semua segalanya d rumah sebelum bawa ke rumah atok. Macam-macam lauk pauk mama beli untuk d masak kat kampung. *Ceriakan orang tua katanya. Saya suka ayat tu. Mama memang langsung tak berkira apatah lagi ayah. Ayah sebagai menantu dan sebetulnya atok belah ayah keduanya telah tiada jadi nampak ayah memang tak kisah kalau dapat duduk dengan atok kt kampung lama-lama. Saya kagum dengan mama dan ayah. Moga d beri balasan yang baik dan boleh menjadi seperti mereka.

Raya pertama saya d akhiri dengan meneman atok saya satu malam sebab atok tak boleh tido. Memandangkan semua orang kepenatan malam tu, semua orang tido awal. Dan saya sendiri tak tahu kenapa sukar untuk lelapkan mata. Kebetulan dalam d buai-buai mata nak tido, saya nampak atok lelaki saya berjalan seperti mencari sesuatu. Saya tegur dan katanya bahunya sakit dan dia tak boleh tido. Saya gabrah tak tahu nak buat apa. Jadi saya pujuk atok saya untuk duduk d bilik dan saya tolong urut bahu yang sakit tu. Saya cuba kejut atok perempuan dan mama saya, semua dalam kepenatan. Saya kesiankan mama memang sehari suntuk menyiapkan segalanya dan atok perempuan yang tak juga berapa sihat. Bila tengok keadaan atok lelaki dan mungkin atok perempuan saya yang memang dah lali dengannya, nampak d biarkan begitu shj. Saya tak sampai hati, jadi saya selawat banyak yang boleh dan tolong urut atok, makin d urut rasanya makin sakit. Mungkin saya tak pandai mengurut.uhhu dan saya kejut mama, akhirnya nak juga mama bangun. Dan mama pujuk untuk tido dan mahunya atok tido. 

Bila saya baring semula kat tempat tido saya, sekali lagi atok datang mencari. Wah saya bertambah gabrah. Saya cuba pujuk lagi untuk d urut, tak baik juga. Akhirnya saya kejut ayah untuk urut atok dan pujuk tido. Alhamdulillah, sampai ke pagi boleh tido. Satu malam saya risau atok boleh tido ke tak, dan akhirnya saya lelap dalam kerisauan. Dan keesokan harinya ayah dan mama yang menghantar atok ke klinik. Atok nak sangat ke klinik. *mungkin atok nak berjalan.

Apa yang nak d cerita d sini, bolehkah benar-benar kita sebagai anak dapat jaga ibu bapa kita bila dah tua nanti. Sakit lelah mereka, siapa yang tolong tengok kalau kita semua jauh dan juga bagaimana kita nak hadapi jika keadaan begini berlaku. Apatah lagi yang tak biasa pulang ke kampung dan bergaul dengan mereka. Ubat apa patut d makan, klinik apa yang biasa d pergi.

Kesimpulan, pulanglah berhari raya d kampung. Pedulilah dengan semua keperluan ibu bapa kita. Jika mereka masih terdaya, mungkin mereka akan mencari sendiri penawar jika mereka sakit, tetapi jika mereka tak terdaya, siapa lagi yang boleh d harapkan.

Jika dulu mereka peduli dengan semua keperluan kita, kegemaran kita, apa yang kita suka dan apa yang kita tidak suka, harap kita juga sebagai anak dapat peduli dengan semua keperluan ibu bapa kita. Insha Allah marilah jadi anak yang baik dan peduli dengan orang tua mereka. Harap kita semua dapat sayang mereka seperti mana mereka sayangi kita. Insha Allah. Tidak dapat d balas jasa mereka membesarkan kita walau segunung emas d beri kpd mereka.

Wallahualam.

Raya tahun ni d rumah pula sepertinya biasa-biasa shj. Kehadiran saudara mara belah ayah dan juga kehadiran rakan-rakan sekolah dulu. Sungguh best!ehhe tak kurang juga yang xdpt jumpa. Mungkin next time kn. Raya saya taun ni agak kelam kabut juga, banyak pula ayah nak melawat rumah org. Tak sabar nak tunggu waktu kerja, saya nak pusing semua rumah orang yang saya nak pergi.hee Dan specialnya raya ni bila kakak kesygn sy dtg umah raya ni.hee Alhamdulillah selamat sampai juga ya. Mudh mudhn next next ry datang lagi ya.uhhu seronok sgt tau!hee kredit to kakak Matahati dan kakak Nadiah.

wif sis Matahati dan sis Nadiah ^^.

wif rakan-rakan sekolah rendah ^^.

IdEa diCetUs ~ Cikgu Lela at 21:24 0 IdEa dikOmen ~ Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: experience, family, life, relationship, share
Newer Posts Older Posts Home

~ kuasai diri ~

~ kuasai diri ~
Powered by Blogger.

.. sahabat anda ..

My photo
Cikgu Lela
Pasir Gudang, Malaysia, Johor, Malaysia
Assalamualaikum. Nama penuh diberi Siti Lela azwa binti Reme. Anak kelahiran Johor, merupakan anak sulong dan tunggal perempuan. Menjejakkan kaki ke bumi Tanjung Malim mencari segugus ilmu yang bakal diimarahkan bersama anak didik kelak. Insha Allah =)
View my complete profile
Upsi Bloggers

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  Jun (1)
  • ►  2012 (5)
    • ►  Dec (2)
    • ►  May (1)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Jan (1)
  • ▼  2011 (23)
    • ►  Dec (2)
    • ►  Nov (2)
    • ►  Oct (3)
    • ▼  Sep (3)
      • New semester 2011/2012
      • Lawak yang sweet :)
      • Syawal 1432hijrah.
    • ►  Aug (11)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Jun (1)

Labels

aku je yang faham (1) cinta (2) dreaming (2) exam (1) experience (8) family (3) friendship (3) future (2) hope (2) ilmu (2) life (2) love (3) luahan.. (1) lyric (1) memory (3) muhasabah (1) music (1) new (1) out (1) relationship (3) religion (5) share (5) story (1) study (1) tawakal (1) zero (1)

Followers

My Blog List

  • nadia rusli
    What i read this morning
    8 years ago
  • ♥mY~m!nD~HeArT~S0uL♥
    Pre-Order Bernafas Tanpamu
    8 years ago
  • Di SeBaLik ePiLog cEriTa aKu
    alhamdulillah
    10 years ago
  • ☼ ☼ cahaya IMAN
    D U N I A B A R U
    10 years ago
  • LiFe_sToRy
    No Title
    11 years ago
  • IbNu kAmiL :
    This is Lahad Datu
    11 years ago
  • ~~aku dan sesuatu~~
    ~~aku dan malaih~~
    12 years ago
  • Muazan Mahbol
    PRK - air suam yang bakal menggelegak
    13 years ago
  • m3luvsum1
    kuciwaaaa..waa waa
    13 years ago
  • Sorkhat Qalbi
    Perlabuhan tirai semester 4... (Refleksi)
    14 years ago
  • berjiwa manusia
    Sebuah lagu yang syahdu dengan bait2 yang menusuk kalbu
    14 years ago
  • CATALYST
    LOG SEMESTER 3 di CATALYST KINI
    14 years ago
  • Art Of Life
  • ^^ TinTa CiK bAby ^^
  • .::ITQAN FURQAN::.
Hit Counters
Web Site Hit Counter

Feedjit

 
Copyright (c) 2010 " Ilmu & Kehidupan ". Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes