Assalamualaikum w.b.t =) Salam Syawal..
Syawal kali ini di sambut secara sederhana shj oleh kami
sekeluarga. Oleh kerana tiada yang pulang beraya di kampung mama, jadi ayah dan
mama decide nak raya kat kampung tahun ni. Awal 29hb Ogos kami dah bertolak ke
kampung dengan selamatnya. Malam raya memang sunyi memandangkan hanya kami
sekeluarga shj yang berada d kampung. Ntah la. Rasa raya tahun ni mungkin
sedikit berbeza tapi yang seronok dpt beraya dengan atok2 semua. Alhamdulillah,
dua-dua atok masih d kurniakan kesihatan yang baik dapat lagi tahun ni beraya
bersama.
Pagi raya yang saya dapat agak suasana nya. Usai sembahyang
raya, kami bermaafan dan keluarga makcik datang makan bersama d rumah atok.
Special sedikit kerana dapat masak fully d rumah atok, ketupat, rendang, hidang
tersedia. Alhamdulillah.
Lepas daripada makan, memang tak ke mana. Menjadi rutin
menunggu sedara mara yang bertandang. Oleh sebab kami je yang berada d kampung,
jadi kami lah yang kena stand by segala. Dari buat air, hidang kuih muih. Tak pe
lah raya ni tak ke mana, asal dapat berbakti pada atok. Esok lusa raya tak tahu
lagi macam mana kan. Agak suram raya kali ni memandangkan ramai yang tak balik
beraya. Makcik di Ipoh, makcik d Moscow, itu dah tersgt jauh. Mereka satu
family tahun ni menyambut raya d Moscow. Mungkin tahun depan baru dpt beraya
dgn mereka. Adik beradik mama memang ramai. 9 org semuanya, dan kesemuanya
perempuan melainkan yang bongsu pakcik saya lelaki. Mungkin masing-masing
makcik saya dah punyai anak menantu dan cucu sendiri. Jadi mereka hanya d rumah
masing-masing menunggu kepulangan anak cucu, lain mama saya yang memang tak de
menantu lagi apatah lagi cucu..*tersenyum sendiri memandangkan saya anak
sulong.
Raya tahun lepas ^^. |
Raya kali ni saya belajar tentang sesuatu. Mungkin betul kata pepatah yang sering saya dengar..
"Seorang ibu boleh
jaga 10 orang anak, tapi belum tentu 10 orang anak boleh jaga seorang ibu"
Istilah jaga d sini, bukan hanya sekadar pulang ke kampung
menjenguk, bukan juga hanya sekadar kasi duit setiap bulan. Pada pendapat saya
itu hanya perkara ASAS shj yang sememangnya perlu d beri PERHATIAN, tapi cuba
bayangkan waktu kita ketiadaan d rumah, dan mereka mengerang dlm kesakitan dan
tup tup esok mereka dah xde dan cuba bandingkn dengan kita yang berada dlm
kesakitan waktu kecil dan mereka sentiasa ada d sisi menjaga kita sampai kita
sembuh. Situasi yang berlainan tapi melibatkan orang yang sama bukan. Peringatan
buat saya sendiri juga sebenarnya.
Tersentuh melihat usaha mama menyediakan segala keperluan
untuk raya dari semua keperluan makan sampai ke baju ry atok. Mama saya akan
sediakan semua segalanya d rumah sebelum bawa ke rumah atok. Macam-macam lauk
pauk mama beli untuk d masak kat kampung. *Ceriakan orang tua katanya. Saya suka
ayat tu. Mama memang langsung tak berkira apatah lagi ayah. Ayah sebagai
menantu dan sebetulnya atok belah ayah keduanya telah tiada jadi nampak ayah
memang tak kisah kalau dapat duduk dengan atok kt kampung lama-lama. Saya kagum
dengan mama dan ayah. Moga d beri balasan yang baik dan boleh menjadi seperti
mereka.
Raya pertama saya d akhiri dengan meneman atok saya satu
malam sebab atok tak boleh tido. Memandangkan semua orang kepenatan malam tu,
semua orang tido awal. Dan saya sendiri tak tahu kenapa sukar untuk lelapkan
mata. Kebetulan dalam d buai-buai mata nak tido, saya nampak atok lelaki saya berjalan
seperti mencari sesuatu. Saya tegur dan katanya bahunya sakit dan dia tak boleh
tido. Saya gabrah tak tahu nak buat apa. Jadi saya pujuk atok saya untuk duduk
d bilik dan saya tolong urut bahu yang sakit tu. Saya cuba kejut atok perempuan
dan mama saya, semua dalam kepenatan. Saya kesiankan mama memang sehari suntuk
menyiapkan segalanya dan atok perempuan yang tak juga berapa sihat. Bila tengok
keadaan atok lelaki dan mungkin atok perempuan saya yang memang dah lali
dengannya, nampak d biarkan begitu shj. Saya tak sampai hati, jadi saya selawat
banyak yang boleh dan tolong urut atok, makin d urut rasanya makin sakit. Mungkin
saya tak pandai mengurut.uhhu dan saya kejut mama, akhirnya nak juga mama
bangun. Dan mama pujuk untuk tido dan mahunya atok tido.
Bila saya baring
semula kat tempat tido saya, sekali lagi atok datang mencari. Wah saya
bertambah gabrah. Saya cuba pujuk lagi untuk d urut, tak baik juga. Akhirnya saya
kejut ayah untuk urut atok dan pujuk tido. Alhamdulillah, sampai ke pagi boleh
tido. Satu malam saya risau atok boleh tido ke tak, dan akhirnya saya lelap
dalam kerisauan. Dan keesokan harinya ayah dan mama yang menghantar atok ke
klinik. Atok nak sangat ke klinik. *mungkin atok nak berjalan.
Apa yang nak d cerita d sini, bolehkah benar-benar kita
sebagai anak dapat jaga ibu bapa kita bila dah tua nanti. Sakit lelah mereka,
siapa yang tolong tengok kalau kita semua jauh dan juga bagaimana kita nak
hadapi jika keadaan begini berlaku. Apatah lagi yang tak biasa pulang ke
kampung dan bergaul dengan mereka. Ubat apa patut d makan, klinik apa yang
biasa d pergi.
Kesimpulan, pulanglah berhari raya d kampung. Pedulilah dengan
semua keperluan ibu bapa kita. Jika mereka masih terdaya, mungkin mereka akan
mencari sendiri penawar jika mereka sakit, tetapi jika mereka tak terdaya,
siapa lagi yang boleh d harapkan.
Jika dulu mereka peduli dengan semua keperluan kita,
kegemaran kita, apa yang kita suka dan apa yang kita tidak suka, harap kita
juga sebagai anak dapat peduli dengan semua keperluan ibu bapa kita. Insha Allah
marilah jadi anak yang baik dan peduli dengan orang tua mereka. Harap kita
semua dapat sayang mereka seperti mana mereka sayangi kita. Insha Allah. Tidak dapat
d balas jasa mereka membesarkan kita walau segunung emas d beri kpd mereka.
Wallahualam.
Raya tahun ni d rumah pula sepertinya biasa-biasa shj. Kehadiran
saudara mara belah ayah dan juga kehadiran rakan-rakan sekolah dulu. Sungguh best!ehhe
tak kurang juga yang xdpt jumpa. Mungkin next time kn. Raya saya taun ni agak
kelam kabut juga, banyak pula ayah nak melawat rumah org. Tak sabar nak tunggu
waktu kerja, saya nak pusing semua rumah orang yang saya nak pergi.hee Dan specialnya
raya ni bila kakak kesygn sy dtg umah raya ni.hee Alhamdulillah selamat sampai
juga ya. Mudh mudhn next next ry datang lagi ya.uhhu seronok sgt tau!hee kredit
to kakak Matahati dan kakak Nadiah.
wif sis Matahati dan sis Nadiah ^^. |
wif rakan-rakan sekolah rendah ^^. |
0 IdEa dikOmen ~:
Post a Comment