skip to main | skip to sidebar

" Ilmu & Kehidupan "

.:: always keep Allah in your mind, and you will be free ::.

Pages

16 December 2012

FIRST l TIME

DAMAI
Bismillahirrahmanirrahim :)

Assalamualaikum w.b.t


Tersenyum..haa..kenapa tersenyum..hehe banyak perkara yang telah berlaku dua tiga hari ini. Sepertinya sesuatu yang tidak dijangka. Kesedihan dan kemerajukan itu sepertinya membuahkan sesuatu yang lain. Alhamdulillah, Tuhan itu sentiasa mempunyai agenda yang tepat untuk kita bukan. Syukur.

Apa yang berlaku selama dua tiga hari ini sememangnya tidak akan saya lupakan kerana ia sangat istimewa. :) Apa yang berlaku?

Pertama, sebenarnya dalam 5, 6, 7 dan 8hb Disember sepatutnya saya ada program yang perlu dihadiri di Seremban, tetapi atas sedikit kesulitan yang tidak dapat diselesaikan dengan baik akhirnya ayah tidak memberi izin kepada saya untuk ke sana. Dan hanya memberi izin untuk ke Tanjung Malim pada hari Isnin minggu hadapannya. Saya sebenarnya sedikit merajuk dengan ayah (jangan tiru aksi ini, Subhanallah!) sebab tidak izinkan saya ke sana (Seremban). Walauapapun saya redha. Sebab saya jenis menurut kata walaupun hati tidak menurut kerana pesan mak 'cuba sesekali tu terima apa yang ayah larang'. Tersentap sebentar dengan ayat tersebut. Pesan seseorang pula, dia kata mak ayah ni instinct dia kuat, so kita kena hormat cakap mereka, sebab disebaliknya mesti ada sesuatu. Dan ya betul! SESUATU yang tidak dijangka sebenarnya. Malam ayah memberi keputusan untuk saya boleh pergi atau tidak tu, ayah saya sebenarnya perlu menghadiri satu meeting untuk salah satu aktiviti di kampung ni. Jadi sebenarnya apa yang berlaku adalah akan diadakan satu Program Baktisiswa Kesihatan dan Desa di kampung ini. Oh ya agak menarik sebab ada macam-macam aktiviti yang telah direncanakan. So ayah decide untuk ambil anak angkat. Oh.

So Jumaat tiba, pagi Jumaat tu mak ajak saya untuk ke Dewan Kg mengambil anak angkat yang telah dijanjikan. Saya hanya sebagai peneman mak sahaja pagi tu dan ditakdirkan telah terjumpa seorang kawan lama disitu, Farhan namanya. Dia juga terlibat sebagai ahlijawatankuasa merangkap Pengerusi Belia di kg ni. Baguslah ada juga anak muda yang mahu melibatkan diri dalam aktiviti macam ni, kerana dilihat sekilas mata saya jarang anak-anak muda untuk turun padang bersama-sama menjayakan aktiviti baik seperti ini dan kelihatan warga-warga tua sahaja yang sudi untuk memenuhi ruang kosong kerusi bila ada sesuatu acara diadakan. Sedih juga. Peringatan buat diri saya juga sebenarnya.

So petang Jumaat tu, saya plan untuk duduk di rumah je. Tapi deringan telefon pada pukul 3 petang telah membantutkan plan tidur saya petang tu. huh! Saya dipanggil untuk memenuhi tugas yang kosong sepanjang program dijalankan. Aduh dalam hati 'malasnya, pening kepala lagi ni'  tapi gagahi juga diri ini untuk pergi sebab yang mengarahkannya cikgu saya sendiri.hu Pergi dengan ketidakrelaan sebenarnya. Apa tugas yang menanti?

"Menjadi guider pengacara program merangkap menjadi pengacara sekali untuk satu rancangan program di TV1." Fuh, punya terkejut. Sampai sahaja di lokasi, saya terus diperkenalkan dengan pengacara tersebut. Beliau seorang wanita dan sangat cantik. Nama beliau Fara. Dan saya tidak keseorangan sebenarnya. Farhan adalah partner saya juga sepanjang program berjalan. Fuh. Tak terkata, ini bukan projek kecil-kecilan tetapi projek besar. Saya mampukah..? huu..~ =.=!

Untuk slot petang itu sahaja, saya dah menghadap cameraman dan juga producer. Nama rancangan ini adalah KOMUNITI 1 MALAYSIA yang selalu disiarkan pada hari ISNIN jam 9.30 malam. Suatu tugas yang saya kira agak berat. Bukan sahaja melibatkan diri saya sendiri tetapi saya membawa nama kampung ini bersama yang akan ditayangkan dikaca TV dan bakal dilihat oleh rakyat Malaysia. Pada saya ia bukan suatu tugas yang mudah. Jadi saya cuba niatkan diri saya untuk lakukan yang terbaik. Alhamdulillah slot shooting yang pertama berjalan dengan baik. Pada hari pertama, kami bertiga telah menjelajah bagaimana proses kupang ini dihasilkan juga dipasarkan. Menarik! kerana saya bersama Fara dan Farhan telah sama-sama turun laut untuk melihat sendiri sarang kupang. hehe Memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Subhanallah! Syok wo! naik bot.hehe Sampai mabuk laut sebab itu merupakan pengalaman pertama saya turun laut menaiki bot. hehe Walaupun sebenarnya hampir 14 tahun saya tinggal di kampung tu, banyak lagi yang saya tidak terokai.
Untuk slot yang kedua pula kami ke rumah individu yang mengusahakan karipap/karipap frozen. Seronok jalan-jalan kg sambil-sambil mengenali mereka dan jumpa kawan lama. Cukup untuk slot pada hari pertama.

Rakaman seterusnya bersambung pada hari yang kedua. Pada hari kedua, bermula dengan slot gotong-royong bersama penduduk kg. Sebenarnya ini merupakan pertama kali saya melihat penduduk kg ini bekerjasama membersihkan kg ni. Oh baru saya tahu sebenarnya mereka selalu menjalankan gotong-royong rupanya tetapi tidaklah selali. Lebih kurang sebulan sekali akan diadakan. Oh baru tahu. hehe

Seterusnya slot kami di cybercafe dan juga warung soto Pak Abu. Serius! saya tak pernah cuba lagi rasa soto warung Pak Abu ni walaupun dah hampir 14 tahun saya tinggal di kg ni. hehe Kenapa? Sebab family saya jarang makan di luar dan kalau makan di luar pun akan menuju ke kedai makan yang berada di luar daripada kg ni. hehe Ha! nk tau macam mana rasa soto tu? Anda kena cuba! sedap tau! Terbaikkk. Dan cara pembuatannya juga menarik sebenarnya. Bila dengar cerita Farhan, memang menarik cara pembuatan kuah sotonya tu dengan menggunakan santan. Menarik pada saya sebab sebelum ni pernah ke kita dengar orang buat sup tu letak santan. Dan sambal yang digunakan pun bukanlah sambal kicap yang kebiasaannya  orang Johor gunakan. Ia guna sambal cili yang di blend halus bersama minyak. Pada saya ia agak pelik. Dan ia juga merupakan resepi turun temurun keluarga Farhan ni. Terbaikk laa. Anda mesti cuba!Sedap~

Dan seterusnya adalah shooting pada hari yang ketiga. Pagi hari lagi adalah shooting menyambut  kedatangan Fara. Dan shooting senamrobik. Itulah yang berlaku pada hari terakhir. Macam-macam perasaan wujud. Suka, lucu, gelak bersama. Rindu moment tu. Dan rindu juga pada anda berdua! Walaupun moment kita hanya seketika tapi ia bermakna buat saya. :) Terima kasih Tuhan kerana beri saya peluang ni. Rasanya susah untuk saya jumpa lagi lepas ni peluang sebegini di sepanjang hidup saya. Nantikan kemunculan rancangannya di TV1. :)

Beberapa keping gambar yang sempat diabadikan :

Slot terakhir.
Fara :)

Bersama crew-crew yang terlibat

3 Sekawan.hehe rindu naik bot sama-sama.

si tinggi! dan si rendah.hehe
US!



Nice moment. Hope to see you guys again!
Alhamdulillah! ^^

IdEa diCetUs ~ Cikgu Lela at 23:53 2 IdEa dikOmen ~ Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

05 December 2012

Cinta I Part 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t


Setelah sekian lama tidak menulis, akhirnya menulis juga di sini. Banyak yang nak diceritakan tetapi belum mampu tangan ini untuk mencapai impian menaip coretan. hu Dalam beberapa bulan ini, sebenarnya banyak dah yang telah saya tempuh. Bermula pada akhir bulan 6, saya telah menjalani latihan praktikum selama 4 bulan. Banyak yang telah saya pelajari bermula sebagai seorang guru. Di mana? Di SMK Raja Permaisuri Bainun lah. hehe Sekolah yang banyak melahirkan generasi bijak pandai. Insha Allah moga sampai bila-bila. Rindu dengan anak-anak murid. Tak kurang juga yang suka mengacau. Rasa kalau tak jumpa sehari pasti rindu! Sungguh rindu! Kadang-kadang sampai cikgu juga yang cari anak murid.hehe Takpelah nanti saya ceritakan kisah-kisah menarik sepanjang saya praktikum pula ya. =)

So, sekarang ini saya sedang menjalani latihan juga, Latihan sebagai suri rumah. Hehe Tetapi setakat ini belum lagi tercapai hasrat ayah untuk tengok anak dia ni pandai serba serbi. Ayah kalau boleh nak saya boleh dalam serba serbi sebelum anak ayah ni mendirikan rumah tangga. Serba serbi tu apa? Serba serbi tu seperti pandai memasak, pandai mengemas rumah, pandai menjahit. Ya ayah nak saya ada semua ciri-ciri tu. Katanya mudah nanti bila dah jadi seorang isteri. Ketiga-tiganya saya masih dalam proses belajar! Ya Ayah! akan kakak usahakan demi ayah, demi mak, demi kakak sendiri dan demi si dia juga, moga Allah berkati :) 



Pernah tengok buku ini? Buku asal/sebenar yang aku nak tunjuk adalah buku ini. (Buku yang di bawah)




Sebenarnya hari ni nak cerita tentang buku ni. Tajuk buku ini persis nama saya. Ya tak? Ada kisah disebalik buku ini sebenarnya dengan pembentukan nama saya dulu. Asal nama saya ayah ambil dari novel inilah. Cuma ditukar sahaja sedikit kerana menurut emak, dia tidak mahu saya mengikut jejak langkah wanita (lari ikut lelaki katanya) yang diceritakan dalam novel ini. hehe Mak! banyak kerisauannya. Kalau betul nama saya adalah SITI LAILA AZWA, hanya ditukar sedikit sahaja kepada SITI LELA AZWA. Begitulah.

Nak dijadikan cerita tahun ini merupakan tahun yang paling bertuah buat saya sebab saya telah diketemukan dengan novel ni. Novel ini merupakan novel terbitan tahun 1970-an dan sangat-sangat sukar untuk jumpa dengan novel ini pada masa sekarang. Walaupun saya hanya ketemu dengan novel di atas (purple) yang merupakan gabungan novel-novel Khadijah Hashim yang lain, tetapi saya rasa sangat-sangat bersyukur diketemukan sebab dah lama sebenarnya saya mencari sejak ayah cerita hal novel dan nama saya ketika itu. Sukar sebenarnya, tetapi kesukaran itu telah diatasi oleh seseorang. YA! SESEORANG itulah yang telah memberi kepada saya novel tu. Tersenyum lebar saya saat dihulur novel tersebut, sukar digambar dengan kata-kata. :'). Sepertinya jejak kasih. Saya tak tahu kenapa saya beriya sangat nak cari novel tu.

Tanggal 9 MEI 2012 itulah saat yang membuatkan saya memanjatkan syukur yang tidak terhingga. Waktu pagi, dalam kelas sejarah, slumber bagi buku tu macam tu je..huhu *orang yang bagi tu memang slumber! tetapi gugup..haha Dan terima kasih kepada beliau sebab jumpa novel tu.tqvm! Mungkin Tuhan hantar dia untuk saya ketemu dengan novel itu. :)

Kepada insan tersebut,

Awak, terima kasih yang tidak terhingga. Sangat tidak terhingga, walau ia hanya sekadar novel yang kadangkala buat awak mengantuk bila membacanya (hehe) tetapi ia satu anugerah yang tidak terhingga buat saya. Terima kasih, terima kasih, terima kasih :) Ia membuatkan saya senyum yang bukan sahaja dari wajah tetapi jua dari hati. Awak telah buat hati saya tersenyum!hehe

Lots Of Love <3 div="div">


*Gembira tak terkata sampai saya beritahu mak ayah saya..hehe




IdEa diCetUs ~ Cikgu Lela at 02:34 0 IdEa dikOmen ~ Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: cinta, family, friendship, future

27 May 2012

Proposal

Assalamualaikum..

Cik penulis sdg dalam misi menyiapkan proposal yang perlu dihantar dalam beberapa hari lagi..moga dipermudahkan =)

Kerinduan..~
IdEa diCetUs ~ Cikgu Lela at 12:36 0 IdEa dikOmen ~ Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: hope, ilmu, love

02 April 2012

'Sahabat'

Akhirnya, hari ini air mataku tumpah jua mengenang kisah kita..
Aku tidak tahu adakah benar ini rasanya yang dikatakan meNYAYANGI seorang sahabat..


Maafkan aku.. =(
IdEa diCetUs ~ Cikgu Lela at 11:42 0 IdEa dikOmen ~ Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: luahan.., memory, relationship

04 January 2012

final exam Semester I sesi 11/12

Bismillahirrahamanirrahim

final exam bermula..esok.
.
.
.
.
.
.
.
Sejarah ASIA TENGGARA ABAD KE-19
KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA
KELOMPOK KAUNSELING
PENGURUSAN DAN KONSULTASI SEKOLAH
.
.
.
moga dipermudahkan bagi kami semua.
aku teruskan usaha
selagi ada masa
selagi terdaya
yahhh..!
IdEa diCetUs ~ Cikgu Lela at 20:14 2 IdEa dikOmen ~ Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: exam, tawakal
Newer Posts Older Posts Home

~ kuasai diri ~

~ kuasai diri ~
Powered by Blogger.

.. sahabat anda ..

My photo
Cikgu Lela
Pasir Gudang, Malaysia, Johor, Malaysia
Assalamualaikum. Nama penuh diberi Siti Lela azwa binti Reme. Anak kelahiran Johor, merupakan anak sulong dan tunggal perempuan. Menjejakkan kaki ke bumi Tanjung Malim mencari segugus ilmu yang bakal diimarahkan bersama anak didik kelak. Insha Allah =)
View my complete profile
Upsi Bloggers

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  Jun (1)
  • ▼  2012 (5)
    • ▼  Dec (2)
      • FIRST l TIME
      • Cinta I Part 2
    • ►  May (1)
      • Proposal
    • ►  Apr (1)
      • 'Sahabat'
    • ►  Jan (1)
      • final exam Semester I sesi 11/12
  • ►  2011 (23)
    • ►  Dec (2)
    • ►  Nov (2)
    • ►  Oct (3)
    • ►  Sep (3)
    • ►  Aug (11)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Jun (1)

Labels

aku je yang faham (1) cinta (2) dreaming (2) exam (1) experience (8) family (3) friendship (3) future (2) hope (2) ilmu (2) life (2) love (3) luahan.. (1) lyric (1) memory (3) muhasabah (1) music (1) new (1) out (1) relationship (3) religion (5) share (5) story (1) study (1) tawakal (1) zero (1)

Followers

My Blog List

  • nadia rusli
    What i read this morning
    8 years ago
  • ♥mY~m!nD~HeArT~S0uL♥
    Pre-Order Bernafas Tanpamu
    8 years ago
  • Di SeBaLik ePiLog cEriTa aKu
    alhamdulillah
    10 years ago
  • ☼ ☼ cahaya IMAN
    D U N I A B A R U
    10 years ago
  • LiFe_sToRy
    No Title
    11 years ago
  • IbNu kAmiL :
    This is Lahad Datu
    11 years ago
  • ~~aku dan sesuatu~~
    ~~aku dan malaih~~
    12 years ago
  • Muazan Mahbol
    PRK - air suam yang bakal menggelegak
    13 years ago
  • m3luvsum1
    kuciwaaaa..waa waa
    13 years ago
  • Sorkhat Qalbi
    Perlabuhan tirai semester 4... (Refleksi)
    14 years ago
  • berjiwa manusia
    Sebuah lagu yang syahdu dengan bait2 yang menusuk kalbu
    14 years ago
  • CATALYST
    LOG SEMESTER 3 di CATALYST KINI
    14 years ago
  • Art Of Life
  • ^^ TinTa CiK bAby ^^
  • .::ITQAN FURQAN::.
Hit Counters
Web Site Hit Counter

Feedjit

 
Copyright (c) 2010 " Ilmu & Kehidupan ". Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes