skip to main | skip to sidebar

" Ilmu & Kehidupan "

.:: always keep Allah in your mind, and you will be free ::.

Pages

05 December 2012

Cinta I Part 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t


Setelah sekian lama tidak menulis, akhirnya menulis juga di sini. Banyak yang nak diceritakan tetapi belum mampu tangan ini untuk mencapai impian menaip coretan. hu Dalam beberapa bulan ini, sebenarnya banyak dah yang telah saya tempuh. Bermula pada akhir bulan 6, saya telah menjalani latihan praktikum selama 4 bulan. Banyak yang telah saya pelajari bermula sebagai seorang guru. Di mana? Di SMK Raja Permaisuri Bainun lah. hehe Sekolah yang banyak melahirkan generasi bijak pandai. Insha Allah moga sampai bila-bila. Rindu dengan anak-anak murid. Tak kurang juga yang suka mengacau. Rasa kalau tak jumpa sehari pasti rindu! Sungguh rindu! Kadang-kadang sampai cikgu juga yang cari anak murid.hehe Takpelah nanti saya ceritakan kisah-kisah menarik sepanjang saya praktikum pula ya. =)

So, sekarang ini saya sedang menjalani latihan juga, Latihan sebagai suri rumah. Hehe Tetapi setakat ini belum lagi tercapai hasrat ayah untuk tengok anak dia ni pandai serba serbi. Ayah kalau boleh nak saya boleh dalam serba serbi sebelum anak ayah ni mendirikan rumah tangga. Serba serbi tu apa? Serba serbi tu seperti pandai memasak, pandai mengemas rumah, pandai menjahit. Ya ayah nak saya ada semua ciri-ciri tu. Katanya mudah nanti bila dah jadi seorang isteri. Ketiga-tiganya saya masih dalam proses belajar! Ya Ayah! akan kakak usahakan demi ayah, demi mak, demi kakak sendiri dan demi si dia juga, moga Allah berkati :) 



Pernah tengok buku ini? Buku asal/sebenar yang aku nak tunjuk adalah buku ini. (Buku yang di bawah)




Sebenarnya hari ni nak cerita tentang buku ni. Tajuk buku ini persis nama saya. Ya tak? Ada kisah disebalik buku ini sebenarnya dengan pembentukan nama saya dulu. Asal nama saya ayah ambil dari novel inilah. Cuma ditukar sahaja sedikit kerana menurut emak, dia tidak mahu saya mengikut jejak langkah wanita (lari ikut lelaki katanya) yang diceritakan dalam novel ini. hehe Mak! banyak kerisauannya. Kalau betul nama saya adalah SITI LAILA AZWA, hanya ditukar sedikit sahaja kepada SITI LELA AZWA. Begitulah.

Nak dijadikan cerita tahun ini merupakan tahun yang paling bertuah buat saya sebab saya telah diketemukan dengan novel ni. Novel ini merupakan novel terbitan tahun 1970-an dan sangat-sangat sukar untuk jumpa dengan novel ini pada masa sekarang. Walaupun saya hanya ketemu dengan novel di atas (purple) yang merupakan gabungan novel-novel Khadijah Hashim yang lain, tetapi saya rasa sangat-sangat bersyukur diketemukan sebab dah lama sebenarnya saya mencari sejak ayah cerita hal novel dan nama saya ketika itu. Sukar sebenarnya, tetapi kesukaran itu telah diatasi oleh seseorang. YA! SESEORANG itulah yang telah memberi kepada saya novel tu. Tersenyum lebar saya saat dihulur novel tersebut, sukar digambar dengan kata-kata. :'). Sepertinya jejak kasih. Saya tak tahu kenapa saya beriya sangat nak cari novel tu.

Tanggal 9 MEI 2012 itulah saat yang membuatkan saya memanjatkan syukur yang tidak terhingga. Waktu pagi, dalam kelas sejarah, slumber bagi buku tu macam tu je..huhu *orang yang bagi tu memang slumber! tetapi gugup..haha Dan terima kasih kepada beliau sebab jumpa novel tu.tqvm! Mungkin Tuhan hantar dia untuk saya ketemu dengan novel itu. :)

Kepada insan tersebut,

Awak, terima kasih yang tidak terhingga. Sangat tidak terhingga, walau ia hanya sekadar novel yang kadangkala buat awak mengantuk bila membacanya (hehe) tetapi ia satu anugerah yang tidak terhingga buat saya. Terima kasih, terima kasih, terima kasih :) Ia membuatkan saya senyum yang bukan sahaja dari wajah tetapi jua dari hati. Awak telah buat hati saya tersenyum!hehe

Lots Of Love <3 div="div">


*Gembira tak terkata sampai saya beritahu mak ayah saya..hehe




IdEa diCetUs ~ Cikgu Lela at 02:34 Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: cinta, family, friendship, future

0 IdEa dikOmen ~:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

~ kuasai diri ~

~ kuasai diri ~
Powered by Blogger.

.. sahabat anda ..

My photo
Cikgu Lela
Pasir Gudang, Malaysia, Johor, Malaysia
Assalamualaikum. Nama penuh diberi Siti Lela azwa binti Reme. Anak kelahiran Johor, merupakan anak sulong dan tunggal perempuan. Menjejakkan kaki ke bumi Tanjung Malim mencari segugus ilmu yang bakal diimarahkan bersama anak didik kelak. Insha Allah =)
View my complete profile
Upsi Bloggers

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  Jun (1)
  • ▼  2012 (5)
    • ▼  Dec (2)
      • FIRST l TIME
      • Cinta I Part 2
    • ►  May (1)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2011 (23)
    • ►  Dec (2)
    • ►  Nov (2)
    • ►  Oct (3)
    • ►  Sep (3)
    • ►  Aug (11)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Jun (1)

Labels

aku je yang faham (1) cinta (2) dreaming (2) exam (1) experience (8) family (3) friendship (3) future (2) hope (2) ilmu (2) life (2) love (3) luahan.. (1) lyric (1) memory (3) muhasabah (1) music (1) new (1) out (1) relationship (3) religion (5) share (5) story (1) study (1) tawakal (1) zero (1)

Followers

My Blog List

  • nadia rusli
    What i read this morning
    8 years ago
  • ♥mY~m!nD~HeArT~S0uL♥
    Pre-Order Bernafas Tanpamu
    8 years ago
  • Di SeBaLik ePiLog cEriTa aKu
    alhamdulillah
    10 years ago
  • ☼ ☼ cahaya IMAN
    D U N I A B A R U
    10 years ago
  • LiFe_sToRy
    No Title
    11 years ago
  • IbNu kAmiL :
    This is Lahad Datu
    11 years ago
  • ~~aku dan sesuatu~~
    ~~aku dan malaih~~
    12 years ago
  • Muazan Mahbol
    PRK - air suam yang bakal menggelegak
    13 years ago
  • m3luvsum1
    kuciwaaaa..waa waa
    13 years ago
  • Sorkhat Qalbi
    Perlabuhan tirai semester 4... (Refleksi)
    14 years ago
  • berjiwa manusia
    Sebuah lagu yang syahdu dengan bait2 yang menusuk kalbu
    14 years ago
  • CATALYST
    LOG SEMESTER 3 di CATALYST KINI
    14 years ago
  • Art Of Life
  • ^^ TinTa CiK bAby ^^
  • .::ITQAN FURQAN::.
Hit Counters
Web Site Hit Counter

Feedjit

 
Copyright (c) 2010 " Ilmu & Kehidupan ". Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes