DAMAI |
Assalamualaikum w.b.t
Tersenyum..haa..kenapa tersenyum..hehe banyak perkara yang telah berlaku dua tiga hari ini. Sepertinya sesuatu yang tidak dijangka. Kesedihan dan kemerajukan itu sepertinya membuahkan sesuatu yang lain. Alhamdulillah, Tuhan itu sentiasa mempunyai agenda yang tepat untuk kita bukan. Syukur.
Apa yang berlaku selama dua tiga hari ini sememangnya tidak akan saya lupakan kerana ia sangat istimewa. :) Apa yang berlaku?
Pertama, sebenarnya dalam 5, 6, 7 dan 8hb Disember sepatutnya saya ada program yang perlu dihadiri di Seremban, tetapi atas sedikit kesulitan yang tidak dapat diselesaikan dengan baik akhirnya ayah tidak memberi izin kepada saya untuk ke sana. Dan hanya memberi izin untuk ke Tanjung Malim pada hari Isnin minggu hadapannya. Saya sebenarnya sedikit merajuk dengan ayah (jangan tiru aksi ini, Subhanallah!) sebab tidak izinkan saya ke sana (Seremban). Walauapapun saya redha. Sebab saya jenis menurut kata walaupun hati tidak menurut kerana pesan mak 'cuba sesekali tu terima apa yang ayah larang'. Tersentap sebentar dengan ayat tersebut. Pesan seseorang pula, dia kata mak ayah ni instinct dia kuat, so kita kena hormat cakap mereka, sebab disebaliknya mesti ada sesuatu. Dan ya betul! SESUATU yang tidak dijangka sebenarnya. Malam ayah memberi keputusan untuk saya boleh pergi atau tidak tu, ayah saya sebenarnya perlu menghadiri satu meeting untuk salah satu aktiviti di kampung ni. Jadi sebenarnya apa yang berlaku adalah akan diadakan satu Program Baktisiswa Kesihatan dan Desa di kampung ini. Oh ya agak menarik sebab ada macam-macam aktiviti yang telah direncanakan. So ayah decide untuk ambil anak angkat. Oh.
So Jumaat tiba, pagi Jumaat tu mak ajak saya untuk ke Dewan Kg mengambil anak angkat yang telah dijanjikan. Saya hanya sebagai peneman mak sahaja pagi tu dan ditakdirkan telah terjumpa seorang kawan lama disitu, Farhan namanya. Dia juga terlibat sebagai ahlijawatankuasa merangkap Pengerusi Belia di kg ni. Baguslah ada juga anak muda yang mahu melibatkan diri dalam aktiviti macam ni, kerana dilihat sekilas mata saya jarang anak-anak muda untuk turun padang bersama-sama menjayakan aktiviti baik seperti ini dan kelihatan warga-warga tua sahaja yang sudi untuk memenuhi ruang kosong kerusi bila ada sesuatu acara diadakan. Sedih juga. Peringatan buat diri saya juga sebenarnya.
So petang Jumaat tu, saya plan untuk duduk di rumah je. Tapi deringan telefon pada pukul 3 petang telah membantutkan plan tidur saya petang tu. huh! Saya dipanggil untuk memenuhi tugas yang kosong sepanjang program dijalankan. Aduh dalam hati 'malasnya, pening kepala lagi ni' tapi gagahi juga diri ini untuk pergi sebab yang mengarahkannya cikgu saya sendiri.hu Pergi dengan ketidakrelaan sebenarnya. Apa tugas yang menanti?
"Menjadi guider pengacara program merangkap menjadi pengacara sekali untuk satu rancangan program di TV1." Fuh, punya terkejut. Sampai sahaja di lokasi, saya terus diperkenalkan dengan pengacara tersebut. Beliau seorang wanita dan sangat cantik. Nama beliau Fara. Dan saya tidak keseorangan sebenarnya. Farhan adalah partner saya juga sepanjang program berjalan. Fuh. Tak terkata, ini bukan projek kecil-kecilan tetapi projek besar. Saya mampukah..? huu..~ =.=!
Untuk slot petang itu sahaja, saya dah menghadap cameraman dan juga producer. Nama rancangan ini adalah KOMUNITI 1 MALAYSIA yang selalu disiarkan pada hari ISNIN jam 9.30 malam. Suatu tugas yang saya kira agak berat. Bukan sahaja melibatkan diri saya sendiri tetapi saya membawa nama kampung ini bersama yang akan ditayangkan dikaca TV dan bakal dilihat oleh rakyat Malaysia. Pada saya ia bukan suatu tugas yang mudah. Jadi saya cuba niatkan diri saya untuk lakukan yang terbaik. Alhamdulillah slot shooting yang pertama berjalan dengan baik. Pada hari pertama, kami bertiga telah menjelajah bagaimana proses kupang ini dihasilkan juga dipasarkan. Menarik! kerana saya bersama Fara dan Farhan telah sama-sama turun laut untuk melihat sendiri sarang kupang. hehe Memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Subhanallah! Syok wo! naik bot.hehe Sampai mabuk laut sebab itu merupakan pengalaman pertama saya turun laut menaiki bot. hehe Walaupun sebenarnya hampir 14 tahun saya tinggal di kampung tu, banyak lagi yang saya tidak terokai.
Untuk slot yang kedua pula kami ke rumah individu yang mengusahakan karipap/karipap frozen. Seronok jalan-jalan kg sambil-sambil mengenali mereka dan jumpa kawan lama. Cukup untuk slot pada hari pertama.
Rakaman seterusnya bersambung pada hari yang kedua. Pada hari kedua, bermula dengan slot gotong-royong bersama penduduk kg. Sebenarnya ini merupakan pertama kali saya melihat penduduk kg ini bekerjasama membersihkan kg ni. Oh baru saya tahu sebenarnya mereka selalu menjalankan gotong-royong rupanya tetapi tidaklah selali. Lebih kurang sebulan sekali akan diadakan. Oh baru tahu. hehe
Seterusnya slot kami di cybercafe dan juga warung soto Pak Abu. Serius! saya tak pernah cuba lagi rasa soto warung Pak Abu ni walaupun dah hampir 14 tahun saya tinggal di kg ni. hehe Kenapa? Sebab family saya jarang makan di luar dan kalau makan di luar pun akan menuju ke kedai makan yang berada di luar daripada kg ni. hehe Ha! nk tau macam mana rasa soto tu? Anda kena cuba! sedap tau! Terbaikkk. Dan cara pembuatannya juga menarik sebenarnya. Bila dengar cerita Farhan, memang menarik cara pembuatan kuah sotonya tu dengan menggunakan santan. Menarik pada saya sebab sebelum ni pernah ke kita dengar orang buat sup tu letak santan. Dan sambal yang digunakan pun bukanlah sambal kicap yang kebiasaannya orang Johor gunakan. Ia guna sambal cili yang di blend halus bersama minyak. Pada saya ia agak pelik. Dan ia juga merupakan resepi turun temurun keluarga Farhan ni. Terbaikk laa. Anda mesti cuba!Sedap~
Dan seterusnya adalah shooting pada hari yang ketiga. Pagi hari lagi adalah shooting menyambut kedatangan Fara. Dan shooting senamrobik. Itulah yang berlaku pada hari terakhir. Macam-macam perasaan wujud. Suka, lucu, gelak bersama. Rindu moment tu. Dan rindu juga pada anda berdua! Walaupun moment kita hanya seketika tapi ia bermakna buat saya. :) Terima kasih Tuhan kerana beri saya peluang ni. Rasanya susah untuk saya jumpa lagi lepas ni peluang sebegini di sepanjang hidup saya. Nantikan kemunculan rancangannya di TV1. :)
Beberapa keping gambar yang sempat diabadikan :

Slot terakhir. |
Fara :) |
Bersama crew-crew yang terlibat |
3 Sekawan.hehe rindu naik bot sama-sama. |
si tinggi! dan si rendah.hehe |
US! |
Nice moment. Hope to see you guys again!
Alhamdulillah! ^^
2 IdEa dikOmen ~:
Cayalah!
Terbaik (Y)!
Post a Comment