Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini kita semua masih lagi d beri kesempatan untuk hidup dengan penuh nikmat hari ini. J
Ok. Hari ini saya nak sambung balik cerita tentang cashier. Wah lama kan tak update blog. Seminggu lalu, saya sibuk kembali kerja balik kat kedai tu memandangkan tak cukup orang. Kesian pula tengok dorang terkocoh kacah cashier sampai tak sempat cuti. Lagipun perasaan bersalah pada tokey kedai , saya minta berhenti terlalu awal, dan takde cashier baru. So saya niatkan diri nak tolong dan sambil-sambil tu saya boleh train cashier baru.
Malangnya sampai end of week, takde juga cashier yang lekat, walaupun dah dua cashier saya train. Wah susah sangat ke jadi cashier? Huu. T.T .Termenung sendiri bila lihat dua orang yang saya train cepat sangat menyerah kalah. Ahha. Awal-awal memang lah susah, tapi bila dah lama-lama insha Allah pasti ok. Itulah yang dipanggil kehidupan. Kerja mana yang tak susah, dan mana kerja yang tak penat. Makan pun penat kan. Huu Y.Y .Malangnya pujukan tu tak berjaya. Apa-apa pun saya pasrah lah. Dan akhirnya saya nekad untuk berhenti je. Maaf bos, saya tak dapat cari pengganti saya.
Dan bila start duduk rumah je, ujian sakit menerpa. Hingga sekarang. Harap dapat bertahan. Ujian Ramadhan. Oh, sila cepat sembuh >.<
...........................
Jumpa dengan pelbagai manusia, tak dinafikan kadang-kadang rasa rimas, dan juga kadang-kadang rasa sick. Lagi-lagi yang bukan dari senegara dengan kita. Ahha. Kenapa? Mungkin disebabkan mereka ni lain daripada kita. Cara hidup lain. Makanan asas dorang pun lain. Huhu Tetapi sedikit sebanyak sebenarnya bila kita berdepan dengan mereka, kita membantu mereka menyempurnakan hidup mereka untuk tinggal di sini. Bersyukur, di negara kita ni ada pelbagai peluang pekerjaan. Carilah apa sahaja kerja pasti boleh menampung hidup walau dapat sesuap nasi. Berbanding di negara kelahiran mereka, macam Bangladeh, Indonesia, peluang kerja di negara mereka tiada dan terpaksa berhijrah demi mencari sesuap nasi. Ingat tak jauh ke Malaysia dengan Bangladeh. Jauh tu. J Jadi bersyukurlah dapat duduk di Malaysia ni ya.
Selalunya, bila mereka datang untuk berbelanja, saya akan perhatikan. Antara pelanggan tetap kedai ni, selalunya orang Melayu, rakyat kita la kan, dari Indonesia, memang sangat ramai di sini, dari Bangladeh, India, Myanmar, Filipina. Itu antara yang saya pernah jumpa sepanjang bekerja kat kedai tu. Dorang selalu akan belanja dalam satu kuota yang besar. Contoh, orang Bangladeh akan beli tepung berkotak, kadang juga berguni. Sebab makanan utama mereka tentunya roti dan kacang dal juga antara yang banyak mereka beli.
Bagi rakyat Indonesia pula, kalau mereka beli barang dalam satu kuota yang banyak, selalunya tu mesti dorang nak balik negara dorang. Pasal dorang cakap, di Malaysia senang nak dapat dan murah berbanding dengan negara mereka, susah nak dapat barang-barang macam di Malaysia. Yang saya pelik satu hari tu, ada sorang abang ni, dia nak beli aiskrim awal semata-mata nak bawa balik Indonesia. Oh, saya cakap mungkin akan cair before sampai sana. Oh, kat sana pun susah dapat aiskrim ke? Uhu
Selalunya macam tu la, mereka akan beli barang dalam satu kuota yang banyak untuk bawa balik negara mereka. Antara yang jadi pilihan, coklet, minyak, aiskrim, dll. Buah tangan untuk keluarga di sana mungkin.
Seronok sebenarnya bila dapat jumpa dengan orang yang dari negara lain. Tapi bila hari-hari datang kedai, muak jugak tengok. Ehhe. Kadang mereka berbahasa dengan bahasa mereka. Time tu mula la garuk kepala dan tak faham. Macam-macam gaya nak memahamkannya. Tak kurang juga yang suka mengacau. Huu (--‘) walau orang tengah sibuk bagai. Wah, time tu la nak mengacau. Huu
Ingat jadi cashier kat kedai tu hanya scan scan barang dan kira duit je.huu T.T . Banyak sebenarnya kerja yang saya kena buat. Silap-silap duduk lama kat kedai tu, boleh jadi ahli bina badan. Uhhu
Bersambung..
0 IdEa dikOmen ~:
Post a Comment