Salam Ramadhan ke-20 :) Harap puasa hari ni lebih baik.
Sementelah menunggu waktu masuk Subuh, ku gagahkan diri menaip. Gagah menaip supaya tak ngantuk, mata segar bugar, tak tertinggal Subuh, tak tertinggal baca Quran, orang kata tak elok tidur lepas sahur ye tak, antara tips pemakanan yang selalu saya dengar kat radio akhir-akhir ini. Ternyata rakyat Malaysia takutkan obesiti akhir-akhir ini (termasuk saya) ehhe. Dapat siapkan kuih lagi banyak hari ni (--‘) n harap masa tak d siakan. Gunakan masa dengan sebaiknya. Ya! Insha Allah. Hari ini bersahur d rumah kawan, memandangkan malam tadi bermalam d rumah dia. Teman. Kesian dia kena tidur sorang-sorang :)
Kali ni, nak story dan imbau balik apa yang saya lakukan sepanjang jadi cashier ni. Ni adalah rutin sepanjang jadi cashier :
9 pg : Masuk kerja dan punch card! Kena awal, lewat setengah jam, gaji kena potong. Hee awal masuk kerja selalunya saya akan on computer saya dan hidupkan segala wayar yang ada. Komputer saya lah paling busy skali pasal tu lah tempat punch card dan kira-kira duit.
After semua orang dah punch card, mulalah kesibukan saya. Selalunya waktu-waktu tak de pelanggan, antara sub kerja yang kena buat adalah mengangkat gagang telefon. Kedai ni membuat perkhidmatan penghantaran barang-barang runcit ke cafe2 d kilang. Selalu sekali telefon, memang berjela mereka order. Dan orang yang mengangkat order, dia lah yang kene angkat barang order2 tu. hee dan selalunya saya akan suruh budak lelaki lah yang angkat barang berat macam minyak 8 botol, tepung 1 guni, 100 plus tin 1 cotton dll.
Cuba bayang kan saya yang angkat barang-barang tu. Pheww. Memang tak berani. Pasal saya ada masalah keupayaan, tak leh angkat barang berat after accident 8 taun lepas. Lagi 1, kita orang perempuan kan, tak elok sebenarnya angkat berat sangat pasal sistem peranakan kita leh turun. Mujur mereka memahami. Paling berat yang saya angkat adalah sabun cair 10kg. Wahh memang berat, tp boleh lah as long tulang tak patah i think. Ehhe
Ok, kat kaunter tu jugak urusan jual beli berlaku, penjualan top-up, pertukaran duit syiling, pertukaran duit S’pore dan Indonesia juga. Tak lupa juga kaunter pertanyaan. Wah ni lagi 1, jenuh nak tunjuk kat mana setiap part barang tu d letakkan. Awal-awal masuk kedai, memang blur orang tanya, ada jual tu tak, ada jual ni tak. Muka memang setiasa tak keruan kalau orang tanya. Tapi dah lama-lama ok je, pasal kita sendiri boleh tau dan boleh nampak barang apa yang d jual melalui proses penghantaran barang dari kilang ke kedai. Ni part paling sibuk bila barang bercotton2 sampai. Kat sini boleh tengok, pelbagai ragam, sabar tak sabar, cek barang, tulis kod barang, tag harga barang dan itu antara sebahagian tugas cashier. Selalu saya amik part cek barang roti dan tag harga barang. Yang lain2 tak berani pasal xpro sangat.
12 pm : Waktu ni, waktu saya rehat. Selalu saya akan pulang ke rumah. Dekat sangat2 rumah dengan kedai, 3 minit dah sampai rumah kalau jalan tak jam. ehhe. Nak jam ape, jalan kaki je lalu short cut dah sampai.hee Rehat, makan dan tido. 1jam dah cukup.
1 pm : Saya akan masuk kerja balik. Tp after 20 minit, saya rehat balik pergi solat. Alhamdulillah, mereka di sini cukup memahami. Insha Allah, kalau kita hidup memudahkan orang lain, hidup kita juga akan jadi mudah. Mudah mudahan hidup mereka mudah, kerana memudahkan saya. Begitulah rutin harian saya, pagi, petang hingga malam.
Waktu yang paling sibuk adalah waktu petang dan malam. Pasal waktu ni orang balik kerja semua dan malam lah orang akan keluar cari barang keperluan bersama anak, cucu, suami mahupun isteri. Pelbagai perasaan muncul waktu ni, lagi2 kalau awak tu ‘budak baru’. Macam akan lambat sikit lah buat kerja. Oh, pernah kena maki, perli macam2, tapi selalunya saya akan diamkan diri dan anggap tak dengar apa2. Biasa cashier akan kena macam tu kan. Dan ketahuilah bahawa..
Yang cashier juga manusia BUKAN robot.
Yang cashier juga ada perasaan BUKAN tak de perasaan.
Yang cashier juga tak sempurna BUKAN lahir2 dah jadi cashier.
Even cashier dah lama pun akan buat silap. Ni tak, selalunya kalau ada silap sikit, yang tak sabar dan rasa kena tipu, akan kena cukup2 dengan pelanggan. Wahai manusia.. Di tempat-tempat macam ni lah, kita boleh tengok pelbagai ragam manusia, perangai manusia yang macam2, pelik dan pelbagai manusia aneh yang kita semua boleh jumpa. Pasal, mereka ini semua akan menuju 1 tempat je kalau mencari barang iaitu pasaraya. So, agak2 nak jumpa semua jenis orang, kerja lah kat pasaraya. heeJ Mungkin lain tempat, lain ragamnya. Ya tak ..?
10 pm : Ni waktu saya balik kerja. Tapi, accurate nya time sy balik adalah pukul 10.30 pm. Cashier memang balik lambat sikit. Pasal kena kira duit. Sedia duit untuk kaunter esok, dan itu semua kerja cashier. Dan pulang saya akan d ambil oleh adik yang saya yang sangat rajin dan sayang akak dy..hee agak terjamin keselamatan. Nak pulang sendiri, agak gelap jalan yang d lalui.
Pulang ke rumah, ayah akan setia menunggu b4 ayah nak masuk tidur.ehhe pasal awal keja dulu, saya sedih pasal balik malam dan tak dapat tengok muka ayah, ayah pula memang sangat punctual masa tidurnya, pagi2 dy dah kena pegi keja kan. Betul, kalau d ikutkan memang takde masa dengan family kalau keja macam ni. Pasal tu saya luah cakap kat ayah tunggu kakak balik, baru boleh tido. Hee
Agak penat sikit, tapi seronok pasal keja d sini, dah macam family, macam adik beradik. Tak bosan dan stres keja dengan dorang. Suka mengusik, pandai ambil hati dan saling supp0rt. Dorang cakap tak chill lah keja tak fun, no stres waktu keja, itu prinsip mereka. :) siapa mereka..?
Bersambung..
p/s : doakan saya cepat sembuh >.<
0 IdEa dikOmen ~:
Post a Comment