Sempena cuti sem yang sangat banyak diberi pada kali ni, semua orang berlumba-lumba mencari kerja tak tertinggal juga yang suka beramal jariah di U masing-masing demi menimba ilmu.
Topik tersebut tidak juga lari dari saya, saya berlumba-lumba mencari pekerjaan.uhhu Sebermula saya pulang seusai tamat program di UPSI dan UTM hari tu tanggal 13 Jun, bermulalah hidup saya sebagai seorang cashier.Ermm..apa pandangan korang bila dengar tentang cashier? Mungkin ada yang berpendapat..
“Ala senang je jadi cashier. Ahh mudah je tu. Sebelah mata pun boleh buat laa.
“Gaji sikit je kan?”
“Ee..mesti yang jadi cashier ni budak lepasan SPM kn, xpon nampak cam muda lagi je. Mesti tak habis sekolah ni”
“Tak mencabar rr jadi cashier..apa barang..”
“Ish cashier ni lembaplah, keje senang pun xboleh nk buat. Lambat..aku nak bayar ni”
Itu mungkin..mungkin ada yang berfikir begitu mungkin juga tidak. Harap bukan pembaca sayalah yang berfikiran begitu.
Hakikatnya, bila anda sendiri merasai pengalaman menjadi cashier, nk beritahu ia bukanlah sesuatu yang mudah. Kalau tak biasa dengan keadaan menjadi cashier, anda mungkin boleh patah tulang dan mungkin sekali patah hati. Nak tau kenapa, pasal ia sangat mencabar fizikal dan mental. Nape saya cakap camtu ye. Jom jelajah.
Hari pertama saya menjadi cashier, saya cuba bersapa dengan rakan baru saya, rakan sekerja yang bakal menjadi teman saya sepanjang bekerja di sini. Yelah saya orang barukan, walaupun bekerja di tempat tinggal saya sendiri, saya seperti tak kenal dengan keadaan disini. Mungkin agak lama tinggal di luar, jadi ini peluang saya untuk kenal dengan tempat tinggal saya sendiri, siapa yang duduk dan tinggal sama-sama dengan saya di kampung ni dan bagaimana dengan budaya mereka. Hari pertama yang agak kucar kacir juga bagi saya, tetapi alhamdulillah rakan kerja saya yang sangat peramah sangat memahami dan membantu diri ini. Nama dia Ema. Orangnya simple, agak kasar tetapi pada saya dia sangat memahami diri saya =) Thank you to her.
Hari pertama, banyak yang saya pelajari, antaranya berapa wang modal yang perlu kita letak dalam drawer sebagai wang permulaan. Mengapa duit-duit itu di letakkan di tempat yang sepatutnya, semua itu mempunyai function yang tersendiri. Rasa happy, alhmdulillah xrasa gugup bila berhadapan dengan pelanggan, mungkin skill saya sebagai pelajar kaunseling yang sering keluar berjumpa dengan orang ramai membuatkan saya tidak kekok bila berhadapaan dengan customer. Lagipun cust0mer ramainya di kalangan ibu-ibu dan bapa-bapa, jadi tak lah rasa kekok sangat. =)
Saya rasa seronok bekerja sehinggakan tidak terfikir tentang sesuatu sehinggalahh..
Bila ada orang yang mahu beli arak. Untuk makluman saya bekerja di sebuah pasaraya yang dimiliki seseorang yang berbangsa China, jadi tak heranlahkan jika penjualan arak itu wujud di kedai tersebut. Awalnya saya memang tak terfikir tentang itu, tetapi bila nampak ada yang ingin membayar, macam-macam perasaan wujud..takut, resah, ragu dan terfikir tentang hukum. Bila pulang ke rumah, rasa mcam nak menangis dan terasa ingin berhenti kerja. Di fb saya cuba mencari jawapan, bertanya dengan orang2 tertentu untuk mengetahui jawapan. Apa hukumnya saya membantu dalam penjualan arak ni?
Bila kita tak melaluinya, jarang sekali ingin mengambil tahu apa hukumnya bukan. Tetapi bagi kita sebagai Islam harus mengetahui dengan jelas apa hukumnya. Apatah lagi melibatkan sesuatu yang jelas haram di mata agama kita. Bila bertanya kepada orang-orang yang saya rasa dapat membantu, jelas ia tak boleh. Merujuk kepada hadis ini
Selanjutnya bole baca di sini atau di sini.
Malam tu, saya terfikir untuk berhenti kerja je. Tetapi atas nasihat seorang kakak, saya terfikir sesuatu untuk minta di tempatkan di bahagian packing atau pun menyusun barang. Pada saya ditempatkan menjadi cashier rasa cam berat je tggjwb. Bukan hanya tanggungjawab sebagai orang yang diamanahkan untuk memegang duit, tetapi juga sebagai seorang Muslim. Sungguh saya rasa berat.
Pagi itu, saya cuba mencari kekuatan untuk cakap dengan mak, saya nak berhenti kerja. Kedengarannya seperi orang yang cepat mengalah bukan, tetapi itu yang saya rasa. Walau apa pun, saya cuba untuk beritahu dan melihat dulu bagaimana reaksi tauke dan saya akan pertimbangkan.
Hari kedua berjalan seperti biasa tetapi sesampai sahaja tokey saya di kedai, saya terus menyampaikan hasrat saya, bahwa saya rasa berat untuk jalankan tugas saya. Sepertinya dia tidak faham. Dia menyangkakan yang saya tidak cukup masa untuk solat, tetapi bukan itu. Sebelum saya masuk sebagai pekerja lagi, waktu awal saya d panggil untuk d interview, hasrat untuk solat itu yang saya utamakan. Ternyata ada ruang yang saya rasa cukup untuk kami semua Muslim solat.
Tetapi pagi itu, sepertinya dia tidak memahami mungkin kerana saya tak menyatakan hasrat tentang permasalahan itu pada awalnya. Dan d sebabkan itu, saya perlu menerangkan kepadanya mengapa saya menolak untuk jadi cashier. Pada awalnya, dia menolak untuk saya d tempatkan d belakang, kerana katanya dia sangat memerlukan cashier sekarang.
Macam mana waktu itu, saya berani untuk cakap, boleh saya jadi cashier, tetapi dengan syarat, kalau ada orang yang membeli arak, bukan saya yang akan uruskan urusan jual beli tu dengan mereka. Niat saya ketika itu, hanya ingin menolongnya. Ternyata dia faham maksud saya, dan akan berbincang dengan cashier lain untuk membantu saya.
Adakah saya pentingkan diri? Walau apa pun, cashier yang lain juga Muslim. Ermm..
bersambung..
8 IdEa dikOmen ~:
erm...agak skema di situ huhu..but mmg haram pn awk keje kat situ...hri tu sy gi sminar ade gak ckp sal benda ni..its good if awk benti keje if dh xde alternatif lain...tu bru non muslim yg beli...nak2 org islam yg beli pasti awk ase lagi besalah..
haha kn kn..memang gak skema..heheh jgn lah gelak..awk kan tau sy cmne..hehe ermm mmg dh berhenti pon..tu la setiap kali de org beli Islam or bukan..mmg sy suh cashier len buat..tp rase bersalah gak, cashier len tu Muslim gak..huu
huhu ye lah..oke la ur blog..not bad for stArter...eh dh benti?so keje pe lak?
xsangka ek..jd cashier sgt mancabr..igtkan berat sbb simapan duit byk2 je or takot waktu kt tgh bertugas org cube nk rompak..but anyway dis entry makes me think bout dis important matter..thanx 4 sharing dis entry..:)
zifah : ahha sy dh benti da..tp will start again kut..ehhe jumpe tokey sy td,sian plak tgk..uhhu xde cashier, niat membantu..seminggu jep,de cashier bru..sy benti..uhhu psl tu sy ckp bulan ni sy agak free cket..xde lg kn seminar tu?abg tu pun xde da contact sy..senyap jep..awk on ke?
neeza : tq dear 4 komen! :) u inspire me to build it..ahha ramai y x terpk..kita y mse mule awal2 keje mmg bru terpk bnda ni..byk lg nk cite psl cashier ni..ehhe wait ha.. :)
wah.... good for starter...
*thumbs up...
that really good experience how handling problem.. later u will become a teacher u need to consult student.... ^__^
hehe..cant wait 4 next entry..sis u inspired me too :DD
kak ty : hehe tenkiu2! :) komen anda sgt membuat sy teruja ntk berblog..ehee bru mula ni exited la..xtau nnti lama2, bertahan or x..uhhu tq! insha Allah..mudh mudhn berguna :)
neeza : uhhu tgk lah entry bru..toche2! :)
Post a Comment